CERIA!!
Kalau kita rujuk kepada sirah Rasulullah s.a.w., akan ditemui banyak
contoh dimana baginda menampakkan keceriaan apabila mengajar dan menyampaikan Islam.
Salah satu daripadanya ialah kisah yang diriwayatkan oleh Imam al-Tirmizi dan darjatnya dinilai hasan oleh Syaikh al-Albani dalam Mukhtasar al-Syamail al-Muhammadiyyah, hadis no: 205.
Dalam kisah tersebut, seorang nenek datang berjumpa Rasulullah s.a.w. dan berkata: "Wahai Rasulullah! Doakanlah kepada Allah agar aku masuk syurga". Rasulullah menjawab: "Wahai Umm Fulan Sesungguhnya syurga tidak dimasuki oleh orang tua!"
Nenek tersebut menerima jawapan Rasulullah secara zahir dan terus
pergi sambil menangis. Maka Rasulullah meneruskan: "Beritahulah,
sesungguhnya dia akan memasuki syurga bukan dalam keadaan nenek
(tetapi dalam keadaan muda), kerana sesungguhnya Allah telah
berfirman: Sesungguhnya Kami telah menciptakan mereka (para wanita) dengan ciptaan istimewa, serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya. (surah al-Waqiah, ayat 35-37)".
Imam al-Tirmizi meletakkan kisah ini dalam kitabnya di bawah bab Senda Gurau Rasulullah s.a.w..
artikel asal HafizFirdaus www.al-firdaus.com
=)

March 26th, 2007 at 12:55 pm
tono, orang cam aku ni boleh dikira sebagai org yg ceria x?…hehe…
March 29th, 2007 at 4:11 am
ko bukan setakat ceria roy..malah sengal.hahahaha